
Wanita? Mungkin pada sepasang matanya yang cantik serta tajam yang memberikan kelingan manja.
Mungkin pada bibirnya yang merah bak delima buluh dan sentiasa menguntum senyuman ataupun kucupan mesra yang di berikan.
Mungkin pada suaranya yang merdu bak buluh perindu dan ketawanya yang manja serta lembut menusuk jiwa. Sesungguhnya sejuta perkataan terlalu sedikit untuk mengambarkan betapa istimewanya kecantikan kaum hawa.
Dan sesungguhnya juga wanita itu diciptakan Allah penuh dengan keindahan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kerana itulah kaum Adam yang terperdaya dan tergoda dan adakalanya juga semua kecantikan ini telah disalah-gunakan oleh kaum Hawa itu sendiri.
Sesungguhnya hakikat sebenarnya adalah kecantikan itu tiada yang kekal. Betapa dijaga sekalipun dan diperlihara, bila tiba masanya kulit akan berkerut, bibir akan kecut dan wajah itu akan suram dan sayu. Benarlah tidak ada yang kekal karena segala-galanya akan dimamah usia ditelan masa.
Dan hanya satu yang tidak akan dimakan usia dan sentiasa kekal selama-lamanya iaitu sopan-santun dan budi bahasa. Dengan keayuan yang berseri apabila bertudung dan sopan menutup auratnya, itulah kecantikan asli seorang wanita yang sebenar-benarnya. Begitulah istimewanya wanita."Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah."